Wednesday 14 December 2011

Biar Mimpi Sampai ke Bintangg ~!

kalau mimpi ?
biar mimpi sampai ke bintangg :)



Elfira Loy 17, dan Randy Pangalila 20, telah digandingkan dalam satu Telefilem yang bertajuk Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Telefilem ini diterbitkan oleh Syarikat Cube Film milik pengarah Michael Ang.


"Saya senang dan asyik sekali berlakon dengannya. Memang keserasian antara kami cepat wujud. Di Indonesia selalunya kalau digandingkan dengan bakat baru, keserasian itu lambat wujud dan sekaligus mewujudkan kesukaran. Tetapi berbeza sekali denga Elfira, dia memudahkan kerja lakonan saya", kata pelakon Cinta Kirana dan yang terbaru Nada Cinta yang disiarkan di Astro.

"Pada mulanya memang saya akui terbit rasa berdebar melihatnya di set penggambaran. Tapi sikap profesional dan dirinya yang tak berlagak memudahkan kerjasama terjalin. Insya-Allah, tiada aral kami akan berlakon sama lagi untuk drama Dalam Hati ada Taman hujung tahun ini", kata Wajah Eksklusif Astro itu yang baru muncul dengan filem Jepun berjudul Second Chance



Dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Randy memegang watak sebagai Andy,jejaka dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari Alya (Elfira). Mereka berkenalan menerusi laman Facebook. Turut berlakon ialah Ezzrin Loy, Hanez Suraya, Mahmud Ali Bashah, Sharifah Shakinah, Didie Alias dan Sharifah Shahora.



Saksikan BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG 22hb Dec 9mlm di ASTRO RIA. Lakonan Randy Pangalila, Elfira Loy, Sharifah Sakina, Sharifah Shahora, Didie Alias dan Ezreen Loy.

*jangan lupa tengok tau kawan kawan ;)))

Monday 12 December 2011

petua oh petua !



PETUA MELEBATKAN RAMBUT ANDA ! ;)

Pengenalan.
Semua orang inginkan rambut yang sihat lagi menawan. Tak salah bagi yang sudah berusia untuk mengekalkan keremajaan, namun ia bergantung kepada niat dan matlamat asal mungkin untuk menyatukan keluarga ataupun (tambah cawangan, bagi lelaki) hehe, bagi perempuan pula mungkin untuk kekal cantiklah kan! (macam biasa) . Rambut yang sihat, lebat dan bersinar pastinya akan menambah keyakinan diri dan penampilan dalam meneruskan perjuangan sehari-harian kita.

Punca Rambut gugur.
Ada banyak punca-punca yang menyebabkan rambut mudah gugur, selain dari faktor usia yang semakin bertambah.
  1. Genetik.
  2. Tekanan kerj.a yang teruk.
  3. Diet yang teruk.
  4. Faktor hormon
  5. Masalah tempurung rambut.
  6. Putus haid
  7. Selepas bersalin (bagi wanita).
  8. Penyakit tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  9. Demam, jangkitan dan selesema yang serius. Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
  10. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan. Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  11. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  12. Rawatan kanser. Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
Kos-kos rawatan yang sangat mahal dan tidak memuaskan.
Pernah juga,mendengar aduan dari rakan-rakan sendiri yang pernah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar, bahkan sehingga beribu-ribu ringgit dilaburkan untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini.


Cara-cara lebatkan rambut.
Sudah tiba masanya untuk menerangkan cara-cara/tips yang insyallah mujarab orang tua-tua kata.

Petua 1 :
Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak.

Petua 2:
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.

Petua 3.
Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Petua 4.
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.

Petua 5.
Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2biji telur
  • 2 sudu besar santan asli
  • 2 sudu besar minyak kelapa
Caranya:
  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

Penutup.
Selmat mencuba ya. Kalau ada petua/tip-tip yang lain ingin dikongsikan bersama. Kongsikan bersama ya!